Followers

AJAL

Disaat aku ingin melelapkan mata, tiba-tiba aku teringat akan 5 adik beradik yg baru kehilangan ibubapa dalam sekelip mata akibat digilis lori.

Ya Allah besarnya dugaan mereka. Hilang orang yg paling disayangi. Sedih aku melihatnya and lagi sedih apabila melihat salah sorang dari adik beradik ini, yg masih kecil and taktahu apa-apa. Macam mana bila dia dah besar nanti? Allahu.

Moga mereka tabah dengan dugaan ini. Allah lebih sayang ibubapa mereka. Mungkin satu hari nanti akan ada sinar kebahagiaan dalam kehidupan mereka. Sama-sama kita doakan.

Hilang ibu hilanglah doa seorang ibu. Doa ibu sangat mujarab. Hilang ayah hilanglah tempat bergantung. Ayah kan ketua keluarga. Moga arwah ditempatkan bersama orang yg beriman.

Aku jadi terfikir. Macam mana kalau aku ditempat mereka? Bertabahkah aku? Dapatkah aku terima dugaan ini? Ya Allah sungguh aku katakan aku x sanggup kehilangan orang yg paling aku sayang paling aku cinta. Ada bersama aku dari aku lahir hingga sekarang. Kalau boleh kekalkan lah mereka bersama aku. "Ya Allah panjangkanlah umur kedua ibubapa ku dan lindungilah mereka dari sebarang malapetaka." Amin!!

Assalamualaikum......

1 comment:

Shafiqqah Shafie said...

hopefully mereka tabah atas dugaan yg menimpa hmm :/